YB Manivannan Gowin

YB Manivannan Gowin

Sunday 29 September 2013

Majlis Penutup Program Spiritual, Physical, Intelektual, Emosi dan Sosial (S.P.I.E.S) Selangor di Quality Hotel, Shah Alam.


YB Manivannan Gowin menyampaikan ucapan penutup di hadapan kira-kira 100 orang peserta Program Spiritual, Physical, Intelektual, Emosi dan Sosial (S.P.I.E.S) Selangor yang berlangsung selama dua hari di Quality Hotel, Shah Alam.

Sebahagian peserta Program Spiritual, Physical, Intelektual, Emosi dan Sosial (S.P.I.E.S) Selangor sempat bermesra dengan melaungkan slogan "You Are Awesome" kepada YB Manivannan Gowin.

Sambutan Hari Sukan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Methodist Kapar.

YB Manivannan Gowin menyarungkan pingat kepada murid-murid semasa sambutan Hari Sukan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Methodist Kapar.

Sempat beramah mesra bersama ibu bapa dan si cilik semasa sambutan Hari Sukan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Methodist Kapar.

Program Masyarakat Bersama Jabatan & Agensi Kerajaan di Anjung Pangsapuri Seri Perantau, Pelabuhan Klang.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali menyampaikan sumbangan kepada seorang mangsa kebakaran sambil diperhatikan YB Manivannan Gowin pada Program Masyarakat Bersama Jabatan & Agensi Kerajaan di Anjung Pangsapuri Seri Perantau, Pelabuhan Klang.

YB Manivannan Gowin bersama  Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali menerima penerangan daripada anggota polis semasa melawat booth pameran PDRM pada Program Masyarakat Bersama Jabatan & Agensi Kerajaan di Anjung Pangsapuri Seri Perantau, Pelabuhan Klang.

Selamat sejahtera, saya Manivannan Gowin berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kapar (P.109) bermula Mei 2013.